Sunday, July 1, 2012

IMAN SENJATA UTAMA DAN TAQWA BEKALAN UTAMA

Suntingan daripada artikal daripada Musyidul Am Ikhwanul Muslimin ke-5 Asy-Syeikh Mustafa Masyhur


Dari pena beliau memberi Taujihad kepada Ikhwanul Muslimin atau lebih dikenali sebagai RISALATUL-IKHWAN.
Mudah-mudah menjadi pembakar semangat para pejuang & pendokong agama Allah swt. Dengan satu matlamat inginkan Islam tersebar seantero dunia, bahkan melaksanakannya.

Pena Mustafa Masyhur yang bertarikh 29 Ramadhan 1417 (7 Feb 1997) bertepatan dengan hari Jumaat.


(Asy-Syeikh Mustafa Masyhur)

IMAN SENJATA UTAMA DAN TAQWA BEKALAN UTAMA


Iman dan Pertolongan Allah


Sesungguhnya keadaan umat Islam menimbulkan rasa belas dan takut .. kelemahan, perselisihan, penguasaan musuh dan tipu daya mereka terhadap Islam dan Muslimin .... semua faktor-faktor ini mungkin menimbulkan sedikit rasa putus asa atau kecewa di dalam jiwa, tetapi keimanan kepada Allah dan merasa mulia dengan agamanya, jihad pada jalannya serta cinta kepada mati syahid tetap menimbulkan harapan yang besar terhadap pertolongan Allah. Adapun Allah adalah maha suci, maha kuat lagi berkuasa. Dialah penolong bagi hamba-hambanya yang beriman dan penunduk orang orang yang bongkak daripada musuh-musuhNya. Adapun kita di dalam bulan Ramadhan ini yang merupakan bulan kemenangan di mana peperangan Badar adalah sebaik-baik saksi terhadap pertolongan Allah bagi hamba-hambaNya yang beriman walaupun mereka sedikit. Allah berfirman:


".....Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta dengan orang-orang yang sabar" (al-Baqarah: 249)


dan lagi,
"(yang sebenarnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allahlah yang melempar" (al Anfal: 17)


Benar, sesungguhnya musuh zionis bermegah-megah dan mengiklankan permusuhannya serta niatnya yang keji terhadap orang-orang Palestin bahkan terhadap Muslimin seluruhnya, dan apa yang disembunyikan di sebalik hati-hati mereka adalah lebih besar. Sesungguhnya ia telah merampas satu cebisan yang begitu mulia daripada tanah air Islam kerana padanyalah Al Masjidil Aqsa, qiblat yang pertama dan "Haram" yang ketiga. 






Berita-berita tentang penyambungan terowong di bawah masjidil Aqsa menunjukkan niat mereka untuk mendedahkan kepada kemusnahan. Dia juga berterusan untuk menyahudikan al Quds dan mengeluarkan orang-orang Palestin daripada timur al Quds. Mereka juga menuduh Syria membantu Hizbullah di Lubnan yang mempertahankan bumi Lubnan yang terjajah. Begitulah mereka bertindak seolah-olah merekalah tuan punya tanah dan tuan-tuan yang sebenar merupakan perampas. Kita juga mendapati Amerika dan beberapa negara barat menyokongnya dalam pencerobohannya dan kesombongannya.








Begitu juga kita melihat perangkap ke atas Muslimin pada berbagai penjuru, dan kelemahan bumi Islam serta tiadanya bantuan terhadap saudara-saudaranya sesama Islam yang terdedah kepada perangkap dan penderitaan ini. Tapi disebalik gambaran yang menyedihkan ini kita mestilah memulakan dengan diri kita untuk menjadi mukmin yang sebenar serta melazimkan diri kita dengan sifat-sifat mukmin, mendokong hak-hak ukhuwwah di antara kita dan memohon pertolongan daripada Allah niscaya Allah akan menolong kita ke atas semua musuh-musuh. Adapun masa depan adalah untuk Islam.


"Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah" (al Anfal: 39).


dan benarlah Allah berfirman:
"Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci" (as-Saff: 9)


ke atas Muslimin seluruhnya perlulah membetulkan tawakal kepada Allah kerana Allahlah sebaik-baik pelindung dan pemberi pertolongan. Dan hendaklah mereka menjadi seperti mereka yang telah disifatkan oleh Allah dalam firmannya:


"(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah lepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar" (Ali Imran: 173-174).


Fenomena Penyembahan Syaitan (berita di Mesir: pent)
Sesungguhnya fenomena ini perlu kita selidik dan analisa maka kita berpendapat sesungguhnya Allah swt memberi amaran pada kita terhadap tipu daya syaitan dan perangkapnya seperti firman Allah:


"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala" (Faathir: 7)


dan firmannya lagi: 
"Bukankah Aku telah memerintahkan padamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. dan hendaklah kamu menyembahKu. Inilah jalan yang lurus" (Yasin: 60 61)


Oleh itu ia menjadi satu kewajiban terhadap Muslimin untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran serta tolong menolong di dalam perkara kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong di dalam perkara dosa dan permusuhan. 


Dan firmannya lagi: 
"Inilah jalanKu yang lurus, maka hendaklah kamu ikuti. Janganlah kamu ikut jalan-jalan (cara hidup) yang lain, kelak kamu akan bercerai berai dari JalanNya. Inilah yang dipesankan oleh Tuhanmu kepada kamu mudahmudahan kamu bertaqwa" (al-An`am: 153).


Sepatutnyalah kita mengambil tahu sebab-sebab munculnya fenomena yang buruk ini agar kita dapat melindungi pemuda-pemuda kita daripada tergelincir ke dalamnya. Adapun saya mengira bahawa sebab utama berpuncanya daripada musuh zionis dan barat dan sesungguhnya Camp David telah membantu membawa penyakit ini. Zionism telah membawa kerosakan ini kepada negara kita. Mereka telah membantu kemasukan dadah dan kaset-kaset yang mengandungi penyelewengan serta lucah. Kita juga tidak lupa bahawa Yahudilah bertanggungjawab disebalik atisme yang lahir di dalam sosialisme dan merekalah yang memerangi selain daripada Yahudi terutamanya Islam. Dan merekalah manusia yang paling kuat permusuhannya terhadap orang-orang mukmin.


Di antara sebab-sebab yang membantu kewujudan fenomena ini kerana tiadanya perasaan kewatanan di kalangan para pemuda dan keadaan kelemahan politik, kemewahan yang tidak syar'i dan kekosongan masa serta ketiadaan matlamat yang boleh menyibukkan pemuda-pemuda untuk membina masa depannya dan memperbaiki watannya serta banyak mengembara keluar negara lalu terpengaruh dengan fasad ini. Dan di antara faktor yang lain adalah tindakan kerajaan memerangi semangat keagamaan dan gambaran mereka terhadap setiap Muslim adalah seperti Rahib (meninggalkan dunia) di samping penyempitan ini, dan begitu juga pemenjaraan dan mahkamah tentera dan sebagainya. Juga kosongnya silibus-silibus pelajaran daripada bekalan spritual dan pendidikan agama serta penambahan media-media yang merosakkan yang membantu menyesatkan dan membentangkan budaya-budaya asing untuk menjadi contoh kepada pemuda dan pemudi. 


Begitu juga galakan beberapa buku puak sekular dan kiri terhadap memerangi agama dan tujuan mereka untuk mengasingkan agama dari negara. Semua ini menggalakkan kepada penyelewengan. Di samping toleransi dalam memerangi dadah dan kekejian dan meninggalkan masyarakat menjadi mangsa pada media-media kerosakan dan undang-undang juga tidak menjanjikan balasan yang boleh menghalang perkara tersebut.


Beberapa Tanggungjawab Keluarga dan Kerajaan, di sana terdapat satu tanggungjawab yang besar ke atas institusi keluarga dan pentarbiyahan terhadap anak-anak. Setiap penjaga
(ibubapa) adalah bertanggungjawab terhadap penjagaannya serta wajiblah ke atas ayah dan ibu untuk mengambil berat terhadap didikan anak-anak, bukan untuk membantu mereka melakukan kerosakan dengan memberi mereka harta benda, kereta, dan kurangnya pengawalan terhadap tindak tanduk mereka. Para bapa hendaklah mengetahui bahawa Allah akan mempersoalkan mereka tentang penjagaan.


Wajiblah ke atas kerajaan untuk mendidik bangsanya melalui tauladan dan amalan yang serius serta produktif, di samping mengembeling tenaga pemuda ke arah pengeluaran yang produktif dan mendidik mereka berjihad dan menjaga tanah air daripada sebarang pencerobohan. Kami berharap daripada pemuda-pemuda untuk mengambil iktibar daripada fenomena ini. Maka janganlah mereka mengabaikan urusan agamanya dan hendaklah mencari benteng pertahanan dariapada tergelincir kedalam jurang yang bahaya ini. Hendaklah mereka mempersenjatakan diri dengan senjata iman dan taqwa serta mengambil berat terhadap masa depan yang hakiki agar mereka berjaya di hari akhirat dengan syurga dan nikmatnya serta selamat daripada neraka dan apinya.






Sesungguhnya kami melihat bahawa fenomena penyembahan syaitan adalah satu fenomena sosial dan pendidikan pada peringkat yang pertama sebelum dia menjadi satu jenayah. Oleh itu mestilah setiap ahli masyarakat dan pendidikan untuk mengkajinya dan meletakkan jalan penyelesaian yang sesuai untuk mengubatinya serta membersihkan masyarakat daripadanya dan kesannya. Media massa terutamnya television hendaklah mengadakan topik-topik perbincangan untuk memperingatkan para pemuda dan ketua-ketua serta tunggak negara kepada faktor faktor yang membawa kepada fenomena tersebut serta cara yang boleh menutup jalan yang membawa para pemuda jatuh ke dalam jurang ini. Metod metod kekerasan sahaja bukanlah metod yang terbaik untuk penyembuhan tetapi hendaklah khidamt peranan pasukan keamanan serta kehakiman untuk menumpukan perhatian terhadap siapa yang telah sabit jenayahnya dan memberi balasan yang sepatutnya.




Monday, June 18, 2012

10 Nasihat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna Rahimahullah

  1.  Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun. 
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah. 
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam. 
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan. 
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang. 
  8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan. 
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Friday, August 12, 2011

Shoutul Harakah - Gelombang Keadilan

Munsyid : Shoutul Haroqah
http://liriknasyid.com

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

Friday, July 29, 2011

IMAN!! OH IMAN!! Adakah diri ini ketemukannya??


وَلَا تَهِنُوا وَ َ لا تَحْزَنُوا وََأنتُمُ الأَعَْلوْ َ ن إِن ُ كنتُم مُّؤْمِنِينَ
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, pada
hal kamulah orarg-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang
yang beriman."
(Aali Imran: 139)

Masalah yang mula-mula sekali terlintas di dalam ingatan dengan membaca arahan Allah melalui ayat ini ialah masalah jihad dalam bentuk perang. Tetapi arahan ini sebenarnya mempunyai hakikat dan jangkauan yang lebih jauh lagi. Arahan ini menggambarkan bagaimanakah mestinya sikap seseorang beriman itu terhadap segala sesuatu; bagaimanakah semestinya perasaan, konsep dan penilaiannya terhadap masalah-masalah, terhadap peristiwa-peristiwa dan juga terhadap individu manusia, pada keseluruhannya.

Arahan ini juga menggambarkan perasaan mulia dan agung, yang mestinya menjadi pegangan orang beriman di dalam menghadapi setiap kemungkinan; iaitu di dalam menghadapi setiap realiti, setiap nilai dan setiap orang manusia, perasaan mulia dan agung memegang iman dan nilainya yang mengatasi segala bentuk nilai yang datang dari sumber yang lain.

Perasaan agung dan mulia dalam menghadapi seluruh tenaga yang menyeleweng dari panduan iman, dalam menghadapi seluruh nilai yang tidak bersumberkan iman, menghadapi adat resam yang tidak berpandukan iman, menghadapi undang-undang yang tidak berorientasikan iman, dan menghadapi segala macam bentuk realiti yang tidak dihayati iman.

Perasaan agung dan mulia di dalam keadaan hidup masih lemah, pengikut masih kurang, wang masih kering itu sebenarnya sama sahaja bentuknya dengan perasaan agung dan mulia ketika sedang berada di puncak kekuatan, pengaruh dan kekayaan.

Rasa agung dan mulia yang tidak mengenal mundur bila berhadapan dengan kekuasaan yang ganas, dengan tradisi sosial yang pincang, dengan perundangan yang batil dan dengan realiti yang popular dan disukai masyarakat, tapi bertentangan dengan konsep iman.

Sikap padu dan teguh di dalam berjihad, adalah merupakan sebahagian dari rasa agung dan mulia yang dimaksudkan oleh arahan Ilahi di atas.

وَ َ لا تَهِنُوا وَ َ لا تَحْزَنُوا وََأنتُمُ الأَعَْلوْ َ ن إِن ُ كنتُم مُّؤْمِنِينَ
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, pada
hal kamulah orarg-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang
yang beriman."
(Aali Imran: 139)
(sumber dari kitab Petunjuk Sepanjang Jalan - karangan Sheikh Qutb)

Thursday, March 24, 2011

Seruan kpda Pemuda Pemudi Islam


Stand Up


Munsyid : Muadz Dzulkifli Al-Masaar
http://liriknasyid.com

"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"

Oh you stand up! say it together

None enters paradise save a true believer

Allah shall support this religion

With a sinful man with a wicked man


Some people see barriers

In classes and in colours

Some people are wiser

But some believe they are hollier


Feel the heart of everyone

See through our differences


You and I have the power

Think good of one another

So stand up and take our places

And do what we do better

Spend sometime to know ourselves

Help the other

Wednesday, March 16, 2011

Faham??--> Islam?? Sejauh Mana Faham Kita Terhadap Islam?


Tentu apabila timbul, mesti kita fikirkan tentang diri kita...

Faham yang dimaksudkan ialah anda yakin fikrah atau gagasan anda adalah sepenuhnya berlandaskan Islam. Anda faham Islam sebagaimana yang kami faham, dalam skop dua puluh usul yang ringkas seringkas-ringkasnya ini:

1. Islam adalah satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu Islam juga adalah akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.

2. Al-Quran al-Karim dan sunnah yang suci adalah rujukan setiap muslim untuk memahami hukum-hakam Islam. Al-Quran perlu difahami menurut kaedah bahasa Arab tanpa mengada-adakan atau keterlaluan. Sementara sunnah pula perlu difahami melalui ahli hadis yang dipercayai.

3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan kemanisan yang diberikan Allah ke dalam hati hambaNya yang dikehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-nas agama.

4. Tangkal, jampi, kulit kerang yang dijadikan pendinding, menilik dengan cara melukis di pasir, tenung nasib, sihir dan dakwaan mengaku mengetahui perkara ghaib, semua ini adalah amalan sesat yang wajib diperangi, kecuali jampi yang menggunakan ayat al-Quran atau hadis yang ma'thur.

5. Pendapat imam atau wakilnya dalam perkara yang tiada nas ataupun nas tersebut mempunyai pelbagai maksud dan dalam soal masalih mursalah (kepentingan umum) boleh dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan asas syarak. Pendapat ini mungkin berubah mengikut keadaan, budaya dan adat. Asas dalam soal ibadat ialah pengabdian ( ta'abbud ) tanpa perlu melihat kepada maksud. Sementara dalam soal yang lain ia perlu melihat kepada sebab, hikmah dan maksud
disini saya dpt senaraikan 5 isi yg amat berguna pada diri kita, bukan semua insan yang berada di muka bumi Allah ini dapat merasai nikmat kefahaman tentang ISLAM

Friday, February 26, 2010

RATU SYAHADAH


Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu yang buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurkai Allah
Istana bukan penjara
Nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau disisimu singgahsana

Sejarah Asiah pernah membuktikan
Iman bukanlah penjara dijiwa
Yang selamanya tersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang hina
Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana

Iman dan hakiki lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku disiksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus sungai Nil
Lembutmu mematahkan
Keangkuhannya
Firaun menrancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang..

Ya Allah...... Ya Allah