
Friday, July 29, 2011
IMAN!! OH IMAN!! Adakah diri ini ketemukannya??

Thursday, March 24, 2011
Seruan kpda Pemuda Pemudi Islam

Stand Up
Munsyid : Muadz Dzulkifli Al-Masaar
http://liriknasyid.com
"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"
Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man
Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier
Feel the heart of everyone
See through our differences
You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other
Wednesday, March 16, 2011
Faham??--> Islam?? Sejauh Mana Faham Kita Terhadap Islam?

Tentu apabila timbul, mesti kita fikirkan tentang diri kita...
Faham yang dimaksudkan ialah anda yakin fikrah atau gagasan anda adalah sepenuhnya berlandaskan Islam. Anda faham Islam sebagaimana yang kami faham, dalam skop dua puluh usul yang ringkas seringkas-ringkasnya ini:
1. Islam adalah satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu Islam juga adalah akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.
2. Al-Quran al-Karim dan sunnah yang suci adalah rujukan setiap muslim untuk memahami hukum-hakam Islam. Al-Quran perlu difahami menurut kaedah bahasa Arab tanpa mengada-adakan atau keterlaluan. Sementara sunnah pula perlu difahami melalui ahli hadis yang dipercayai.
3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan kemanisan yang diberikan Allah ke dalam hati hambaNya yang dikehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-nas agama.
4. Tangkal, jampi, kulit kerang yang dijadikan pendinding, menilik dengan cara melukis di pasir, tenung nasib, sihir dan dakwaan mengaku mengetahui perkara ghaib, semua ini adalah amalan sesat yang wajib diperangi, kecuali jampi yang menggunakan ayat al-Quran atau hadis yang ma'thur.
Friday, February 26, 2010
RATU SYAHADAH
Di kejauhan istana keangkuhan
Yang hanyut menongkah arus sungai Nil
Thursday, January 28, 2010
Sempadan Tanah Haram Makkah
Masjidil-Haram di Makkah Al-Mukarramah sememangnya menjadi idaman bagi semua manusia yang bergelar muslim. Walaupun umat Islam hari ini terdiri daripada pelbagai lapisan golongan masyarakat, namun tidak semua yang mempunyai kemampuan dari segi harta mahupun tenaga untuk menjejak kaki ke tanah yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.Seperti mana yang diketahui, Tanah Haram merupakan bumi yang bebas daripada orang2 kafir dan penumpahan darah selepas pembukaan Makkah
Tanah Haram mempunyai kawasan yang telah ditetapkan.
Tanah Haram Makkah ialah jarak yang melingkungi Masjidil Haram dari segenap penjuru. Allah s.w.t menjadikan Tanah Haram sama dengan Makkah sebagai memuliakannya. Tanah Haram ini telah diharamkan oleh Allah semenjak dijadikan bumi sehingga Hari Kiamat. Rentetan itulah,makkah telah menjadi tumpuan umat Islam sejak dahulu lagi.
Orang yang pertama dikatakan membuat tanda sempadan Tanah Haram ialah Nabi Ibrahim berpandukan petunjuk daripada Jibrail. Selepas pembukaan Kota Makkah, rasulullah s.a.w telah melantik Tamim bin Asad Al-Khuza'i agar memperbaharui tanda sempadan Tanah Haram.
Selepas itu khalifah dan pemerintah Makkah sentiasa mempengaruhi a'lam (tanda) Tanah Haram di setiap penjuru, di atas bukit dan tempat tinggi juga di lembah. Ada yang masih kekal dan ada yang telah rosak. Bilangan tanda yang di buat telah sampai kepada 934 tanda, sebagaimana yang dicatat oleh Dr. Abdul Malik bin Abdullah bin Duhais dalam tesis Ph.Dnya yang bertajuk: 'Al-Haram Al-Makki Asy-Syarif wa Al-A'lam Al-Muhithah bihi', jazahullahu khaira.
Kawasan Tanah Haram Makkah panjangnya ialah 127 km dan keluasannya ialah 550 meter persegi. Antara sempadan2 Tanah Haram ialah:
- At-Tan'im, iaitu jalan keluar menuju ke Madinah. Ia terletak berdekatan dengan Masjid Sayyidah 'Aishah radhiallahu'anha. Jaraknya 7.5 km.
- Adhaat libn, dikenali sekarang dengan nama 'Uqaiayiah' jalan menuju Yaman. Jaraknya ialah 16 km.
- Asy-syara'i', terletak di jalan menuju ke Masjid Ji'ranah. Jaraknya 16 km.
- Al-Hudaibiyyah, iaitu jalan lama menuju ke Jeddah. Jaraknya ialah 22 km. Jalan baru sekarang dikenali dengan nama Asy-Syumaisi.
- Jabal Namirah (Zat As-Sulaim), jaraknya ialah 22 km mengikut jalan lurus pejalan kaki.

