Friday, August 12, 2011

Shoutul Harakah - Gelombang Keadilan

Munsyid : Shoutul Haroqah
http://liriknasyid.com

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

Friday, July 29, 2011

IMAN!! OH IMAN!! Adakah diri ini ketemukannya??


وَلَا تَهِنُوا وَ َ لا تَحْزَنُوا وََأنتُمُ الأَعَْلوْ َ ن إِن ُ كنتُم مُّؤْمِنِينَ
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, pada
hal kamulah orarg-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang
yang beriman."
(Aali Imran: 139)

Masalah yang mula-mula sekali terlintas di dalam ingatan dengan membaca arahan Allah melalui ayat ini ialah masalah jihad dalam bentuk perang. Tetapi arahan ini sebenarnya mempunyai hakikat dan jangkauan yang lebih jauh lagi. Arahan ini menggambarkan bagaimanakah mestinya sikap seseorang beriman itu terhadap segala sesuatu; bagaimanakah semestinya perasaan, konsep dan penilaiannya terhadap masalah-masalah, terhadap peristiwa-peristiwa dan juga terhadap individu manusia, pada keseluruhannya.

Arahan ini juga menggambarkan perasaan mulia dan agung, yang mestinya menjadi pegangan orang beriman di dalam menghadapi setiap kemungkinan; iaitu di dalam menghadapi setiap realiti, setiap nilai dan setiap orang manusia, perasaan mulia dan agung memegang iman dan nilainya yang mengatasi segala bentuk nilai yang datang dari sumber yang lain.

Perasaan agung dan mulia dalam menghadapi seluruh tenaga yang menyeleweng dari panduan iman, dalam menghadapi seluruh nilai yang tidak bersumberkan iman, menghadapi adat resam yang tidak berpandukan iman, menghadapi undang-undang yang tidak berorientasikan iman, dan menghadapi segala macam bentuk realiti yang tidak dihayati iman.

Perasaan agung dan mulia di dalam keadaan hidup masih lemah, pengikut masih kurang, wang masih kering itu sebenarnya sama sahaja bentuknya dengan perasaan agung dan mulia ketika sedang berada di puncak kekuatan, pengaruh dan kekayaan.

Rasa agung dan mulia yang tidak mengenal mundur bila berhadapan dengan kekuasaan yang ganas, dengan tradisi sosial yang pincang, dengan perundangan yang batil dan dengan realiti yang popular dan disukai masyarakat, tapi bertentangan dengan konsep iman.

Sikap padu dan teguh di dalam berjihad, adalah merupakan sebahagian dari rasa agung dan mulia yang dimaksudkan oleh arahan Ilahi di atas.

وَ َ لا تَهِنُوا وَ َ لا تَحْزَنُوا وََأنتُمُ الأَعَْلوْ َ ن إِن ُ كنتُم مُّؤْمِنِينَ
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, pada
hal kamulah orarg-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang
yang beriman."
(Aali Imran: 139)
(sumber dari kitab Petunjuk Sepanjang Jalan - karangan Sheikh Qutb)

Thursday, March 24, 2011

Seruan kpda Pemuda Pemudi Islam


Stand Up


Munsyid : Muadz Dzulkifli Al-Masaar
http://liriknasyid.com

"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"

Oh you stand up! say it together

None enters paradise save a true believer

Allah shall support this religion

With a sinful man with a wicked man


Some people see barriers

In classes and in colours

Some people are wiser

But some believe they are hollier


Feel the heart of everyone

See through our differences


You and I have the power

Think good of one another

So stand up and take our places

And do what we do better

Spend sometime to know ourselves

Help the other

Wednesday, March 16, 2011

Faham??--> Islam?? Sejauh Mana Faham Kita Terhadap Islam?


Tentu apabila timbul, mesti kita fikirkan tentang diri kita...

Faham yang dimaksudkan ialah anda yakin fikrah atau gagasan anda adalah sepenuhnya berlandaskan Islam. Anda faham Islam sebagaimana yang kami faham, dalam skop dua puluh usul yang ringkas seringkas-ringkasnya ini:

1. Islam adalah satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu Islam juga adalah akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.

2. Al-Quran al-Karim dan sunnah yang suci adalah rujukan setiap muslim untuk memahami hukum-hakam Islam. Al-Quran perlu difahami menurut kaedah bahasa Arab tanpa mengada-adakan atau keterlaluan. Sementara sunnah pula perlu difahami melalui ahli hadis yang dipercayai.

3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan kemanisan yang diberikan Allah ke dalam hati hambaNya yang dikehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-nas agama.

4. Tangkal, jampi, kulit kerang yang dijadikan pendinding, menilik dengan cara melukis di pasir, tenung nasib, sihir dan dakwaan mengaku mengetahui perkara ghaib, semua ini adalah amalan sesat yang wajib diperangi, kecuali jampi yang menggunakan ayat al-Quran atau hadis yang ma'thur.

5. Pendapat imam atau wakilnya dalam perkara yang tiada nas ataupun nas tersebut mempunyai pelbagai maksud dan dalam soal masalih mursalah (kepentingan umum) boleh dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan asas syarak. Pendapat ini mungkin berubah mengikut keadaan, budaya dan adat. Asas dalam soal ibadat ialah pengabdian ( ta'abbud ) tanpa perlu melihat kepada maksud. Sementara dalam soal yang lain ia perlu melihat kepada sebab, hikmah dan maksud
disini saya dpt senaraikan 5 isi yg amat berguna pada diri kita, bukan semua insan yang berada di muka bumi Allah ini dapat merasai nikmat kefahaman tentang ISLAM

Friday, February 26, 2010

RATU SYAHADAH


Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu yang buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurkai Allah
Istana bukan penjara
Nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau disisimu singgahsana

Sejarah Asiah pernah membuktikan
Iman bukanlah penjara dijiwa
Yang selamanya tersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang hina
Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana

Iman dan hakiki lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku disiksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus sungai Nil
Lembutmu mematahkan
Keangkuhannya
Firaun menrancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang..

Ya Allah...... Ya Allah

Thursday, January 28, 2010

Tembok Tanda Tanah Haram


Sempadan Tanah Haram Makkah

Masjidil-Haram di Makkah Al-Mukarramah sememangnya menjadi idaman bagi semua manusia yang bergelar muslim. Walaupun umat Islam hari ini terdiri daripada pelbagai lapisan golongan masyarakat, namun tidak semua yang mempunyai kemampuan dari segi harta mahupun tenaga untuk menjejak kaki ke tanah yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.

Seperti mana yang diketahui, Tanah Haram merupakan bumi yang bebas daripada orang2 kafir dan penumpahan darah selepas pembukaan Makkah


Tanah Haram mempunyai kawasan yang telah ditetapkan.

Tanah Haram Makkah ialah jarak yang melingkungi Masjidil Haram dari segenap penjuru. Allah s.w.t menjadikan Tanah Haram sama dengan Makkah sebagai memuliakannya. Tanah Haram ini telah diharamkan oleh Allah semenjak dijadikan bumi sehingga Hari Kiamat. Rentetan itulah,makkah telah menjadi tumpuan umat Islam sejak dahulu lagi.


Orang yang pertama dikatakan membuat tanda sempadan Tanah Haram ialah Nabi Ibrahim berpandukan petunjuk daripada Jibrail. Selepas pembukaan Kota Makkah, rasulullah s.a.w telah melantik Tamim bin Asad Al-Khuza'i agar memperbaharui tanda sempadan Tanah Haram.


Selepas itu khalifah dan pemerintah Makkah sentiasa mempengaruhi a'lam (tanda) Tanah Haram di setiap penjuru, di atas bukit dan tempat tinggi juga di lembah. Ada yang masih kekal dan ada yang telah rosak. Bilangan tanda yang di buat telah sampai kepada 934 tanda, sebagaimana yang dicatat oleh Dr. Abdul Malik bin Abdullah bin Duhais dalam tesis Ph.Dnya yang bertajuk: 'Al-Haram Al-Makki Asy-Syarif wa Al-A'lam Al-Muhithah bihi', jazahullahu khaira.


Kawasan Tanah Haram Makkah panjangnya ialah 127 km dan keluasannya ialah 550 meter persegi. Antara sempadan2 Tanah Haram ialah:


  1. At-Tan'im, iaitu jalan keluar menuju ke Madinah. Ia terletak berdekatan dengan Masjid Sayyidah 'Aishah radhiallahu'anha. Jaraknya 7.5 km.


  2. Adhaat libn, dikenali sekarang dengan nama 'Uqaiayiah' jalan menuju Yaman. Jaraknya ialah 16 km.


  3. Asy-syara'i', terletak di jalan menuju ke Masjid Ji'ranah. Jaraknya 16 km.


  4. Al-Hudaibiyyah, iaitu jalan lama menuju ke Jeddah. Jaraknya ialah 22 km. Jalan baru sekarang dikenali dengan nama Asy-Syumaisi.


  5. Jabal Namirah (Zat As-Sulaim), jaraknya ialah 22 km mengikut jalan lurus pejalan kaki.