Thursday, January 28, 2010

Sempadan Tanah Haram Makkah

Masjidil-Haram di Makkah Al-Mukarramah sememangnya menjadi idaman bagi semua manusia yang bergelar muslim. Walaupun umat Islam hari ini terdiri daripada pelbagai lapisan golongan masyarakat, namun tidak semua yang mempunyai kemampuan dari segi harta mahupun tenaga untuk menjejak kaki ke tanah yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.

Seperti mana yang diketahui, Tanah Haram merupakan bumi yang bebas daripada orang2 kafir dan penumpahan darah selepas pembukaan Makkah


Tanah Haram mempunyai kawasan yang telah ditetapkan.

Tanah Haram Makkah ialah jarak yang melingkungi Masjidil Haram dari segenap penjuru. Allah s.w.t menjadikan Tanah Haram sama dengan Makkah sebagai memuliakannya. Tanah Haram ini telah diharamkan oleh Allah semenjak dijadikan bumi sehingga Hari Kiamat. Rentetan itulah,makkah telah menjadi tumpuan umat Islam sejak dahulu lagi.


Orang yang pertama dikatakan membuat tanda sempadan Tanah Haram ialah Nabi Ibrahim berpandukan petunjuk daripada Jibrail. Selepas pembukaan Kota Makkah, rasulullah s.a.w telah melantik Tamim bin Asad Al-Khuza'i agar memperbaharui tanda sempadan Tanah Haram.


Selepas itu khalifah dan pemerintah Makkah sentiasa mempengaruhi a'lam (tanda) Tanah Haram di setiap penjuru, di atas bukit dan tempat tinggi juga di lembah. Ada yang masih kekal dan ada yang telah rosak. Bilangan tanda yang di buat telah sampai kepada 934 tanda, sebagaimana yang dicatat oleh Dr. Abdul Malik bin Abdullah bin Duhais dalam tesis Ph.Dnya yang bertajuk: 'Al-Haram Al-Makki Asy-Syarif wa Al-A'lam Al-Muhithah bihi', jazahullahu khaira.


Kawasan Tanah Haram Makkah panjangnya ialah 127 km dan keluasannya ialah 550 meter persegi. Antara sempadan2 Tanah Haram ialah:


  1. At-Tan'im, iaitu jalan keluar menuju ke Madinah. Ia terletak berdekatan dengan Masjid Sayyidah 'Aishah radhiallahu'anha. Jaraknya 7.5 km.


  2. Adhaat libn, dikenali sekarang dengan nama 'Uqaiayiah' jalan menuju Yaman. Jaraknya ialah 16 km.


  3. Asy-syara'i', terletak di jalan menuju ke Masjid Ji'ranah. Jaraknya 16 km.


  4. Al-Hudaibiyyah, iaitu jalan lama menuju ke Jeddah. Jaraknya ialah 22 km. Jalan baru sekarang dikenali dengan nama Asy-Syumaisi.


  5. Jabal Namirah (Zat As-Sulaim), jaraknya ialah 22 km mengikut jalan lurus pejalan kaki.


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete